Posted by: iNsyiRah | 19 April 2009

Alhamdulillah

I asked for strength…

And Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom…

And Allah gave me problems to solve.

I asked for courage…

And Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for love…

And Allah gave me troubled people to help.

I asked for favors…

And Allah gave me opportunities.

Maybe I received nothing I wanted…

But I received everything I needed.

Posted by: iNsyiRah | 19 April 2009

suffocate

“Sometime I suffocate in my past precious memories”

Posted by: iNsyiRah | 9 Mac 2009

Izinkan ku pergi

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayang bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

oh.. pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

~kaer~

Posted by: iNsyiRah | 7 Mac 2009

ayat terakhir.

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yg MEMILIKI dan MENGUASAI tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan. (Yaasin : 83)

Seusai surah yasin ku baca, ku titipkan luahan hati yang telah lama aku pendamkan ini, tentang pemergian satu-satunya kakak ku yang tercinta. Aku tahu ramai yang ingin bertanya lanjut tentang hal ini. Tapi mungkin mereka tidak mahu aku bersedih mengenangkannya. Memang aku akui sehingga hari ini aku tiada kekuatan untuk berbuat demikian. Perit rasanya kehilangan ini.

13 Disember 2007, sudah lebih setahun dia pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan kehidupan bersama kami sekeluarga.

“Ti, panggil mok! Aku dok leh nafas.” Inilah kata-kata terakhir dari arwah kak kepadaku. Sehingga detik ini aku tidak pernah melupakan kata-kata itu. Sungguh aku langsung tidak menyangka malam itu, malam Jumaat itu dia pergi buat selama-lamaya. Aku seolah-olah bermimpi melalui semua itu. Terasa seolah-olah masa yang berlalu tiba-tiba terhenti. Peritnya, sakitnya menghadapi dugaan Allah S.W.T yang Maha Hebat ini, tak tertanggung rasanya.

Benar, aku sedih kerana dia tinggalkan aku, tinggalkan kami sekeluarga. Tapi apa yang menitiskan air mata ku bukan hanya kerana kesedihan itu tetapi memikirkan bagaimana arwah kak menghadapi kematian itu. Sungguh aku tidak sanggup memikirkannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa arwah kakakku. Cukuplah deritanya di dunia ini sebagai penghapus dosa. Jadilah alam barzakh dan akhirat itu lebih baik buatnya daripada di dunia ini.

Arwah kak disahkan meninggal dalam perjalanan ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah. Ayah, mak dan adik ku yang bersama arwah kak di dalam kereta ke hospital. Mak mengajar kak mengucap sedari dari rumah lagi. Alhamdulillah berulang kali kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya hanyalah Allah… Allah… Bertapa besarnya nikmat Mu ya Allah. Tempatkanlah arwah kakakku di kalangan hamba-hamba Mu yang beriman dan bertaqwa kepada Mu.

Sementara ayah, mak dan Mak Su membuat laporan kematian, Pak Su dan Pak Ngah bersama adikku, menguruskan prosedur jenazah untuk dibawa pulang, aku pula bertanggungjawab menguruskan rumah datukku sebagai persiapan menyambut kepulangan jenazah.

Dengan bantuan ibu saudara dan sepupu di rumah, aku langsung tidak sedar yang aku melaksanakan tanggungjawab itu, memutuskan tempat pembaringan jenazah, mengatur perabot dan sebagainya. Setitis air mata pun tiada ketika itu. Aku seolah-olah terawan-awan dengan pemergian arwah sekelip mata itu.

Malam itu, kami empat beradik tidur di rumah datuk, menemani jenazah. Pak Su dan Mak Su yang sememangnya tinggal bersama datuk tidur dikamar mereka. Anak-anak mereka dihantar ke rumah mertua Pak Su. Kami pula berbaring sebaris berempat, di sebelah atas kepala kami arwah kakak ditempatkan.

Walaupun mata tertutup, hatiku langsung tidak tidur. Akal ku menerawang entah ke mana. Sesaat terkadang merasakan kejadiaan itu semua hanyalah fantasi. Tetiba sesaat juga aku kembali ke alam realiti. Memang yang terbaring itu jenazah arwah kakak. Berselimut kain putih. Tangannya masih ada balutan luka kesan suntikan jarum di hospital tadi. Wajahnya licin, bersih tanpa sebarang noda pun. Mungkin kerana pengaruh pantang makan yang dia amalkan hampir tiga bulan lamanya. Selama itu arwah kakak hanya makan nasi putih, ikan kembung panggang dan kuah air yang dimasukkan garam dan bawang putih serta bawang merah sahaja. Itu lah sarapan, itulah makan tengahari dan itulah juga makan malamnya selama hampir tiga bulan ini. Kuat semangat dia untuk mengubati penyakit, barah paru-paru yang dihadapi. Tak pernah sekali pun dia merungut apabila kami adik beradik terkadang makan makanan yang enak di hadapannya.

Teringat perbualan kami lima hari lalu. Aku berbaring di sebelah arwah sambil menonton televisyen. Tanpa disedari aku tertidur. Bila ku buka mata, kakak terus bercerita tentang cerita yang sedang televisyen paparkan tanpa ku pinta. Dia tahu banyak perkara tentang cerita itu. Itu lah cerita terakhir dari dia buat aku. Aku teringat juga, tatkala aku belajar menjahit baju kurung menggunakan mesin jahit mak, arwah kakak memandang ku tanpa kata. Aku tidak tahu maksud pandangan itu. Setiap kali ku angkat muka memandang ke arahnya yang terlantar di tilam di hadapan televisyen, setiap kali itu lah aku bertembung pandangan dengannya. Aku sekadar melemparkan senyuman. Rupanya saat itu, arwah membilang hari untuk pergi menghadap Illahi.

Sebaik azan Subuh berkumandang, aku bergegas kembali ke rumah kami yang hanya beberapa langkah dari rumah datukku. Pagi Jumaat itu, selesai solat Subuh, aku kembali semula ke rumah datuk. Aku ingin berbakti kepadanya. Aku ingin melihat dia sebelum dikebumikan. Ku sedekahkan surah Yasin berulang kali buat arwah.

Sejak pulang dari hospital hingga ke pagi itu, setitis air mata pun tidak mengalir dari mataku. Aku menghayati bait-bait maksud surah Yasin dari Tafsir Quran yang baru empat hari aku beli. Tafsir Quran yang aku minta mak balutkan di hadapan arwah yang terlatar sakit di tilamnya. Aku bergurau dengan mak, langsung arwah tidak mencelah sedangkan sebelum ini dialah yang paling banyak bercelotoh. Langsung aku tidak mengendahkan perubahan itu. Aku tidak mahu berfikiran bukan-bukan. Dia hanya memandang kami tanpa kata. Aku senyum padanya dan dia balas tanpa sebarang kata. Sungguh aku tidak tahu itu saat-saat terakhir hidupnya.

Menghampiri 7.30 pagi, kawan baik arwah, Zan datang. Dialah orang terakhir yang datang melawat arwah semalam. Tatkala melihat wajah Zan barulah air mata ku gugur tidak tertahan lagi. Aku seolah-olah kembali ke alam nyata. Dalam terpaksa rela aku menerima hakikat yang arwah sudah tiada lagi. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa arwah. Kasihani lah dia, Ya Allah…

Tekun membaca surah Yasin buat arwah membuatkan aku tidak sedar betapa ramainya saudara mara dan rakan taulan yang datang melawat membanjiri rumah datukku. Lebih kurang jam 9 pagi, aku turut membantu mengangkat jenazah ke tempat mandi. Aku turut serta memandikan arwah. Ku lihat wajah arwah yang bersih berseri. Wajah yang selalu melemparkan senyuman padaku. Wajah yang selalu menyorokkan kesakitan daripada ku. Wajah yang selalu ceria walaupun menghadapi dugaan hidup yang sukar di dunia ini.

Ku usap tangan yang selalu menampung berat ku menaiki motorsikal, membawa barang-barangku yang berat, yang mendakap aku tatkala ingin berpisah. Ya Allah, ampunkanlah semua dosa arwah kakak ku ini.

Selain aku, Anis, sepupuku, ibu saudaraku dan mungkin ada lagi orang yang membantu menolong memandikan jenazah yang aku tidak berapa ingat. Mak hanya menjenguk sekejap. Dia langsung tidak boleh melihat wajah kakak. Sekali lihat sahaja mampu memecahkan mutiara kasih dari kolam mata mak. Kasihnya mak pada arwah lebih daripada kasihnya aku. Aku tahu kesedihan aku tidak dapat menandingi sedihnya mak.

Saat jenazah dikafankan aku turut serta. Aku ikut tanpa sebarang bicara membantu pengurus jenazah mengafankan arwah. Saat menatap wajah arwah buat kali terakhir, buat air mata ini berderai lagi. Aku memeluk adik bongsuku, Amirul. Dia turut menangis. Walau masih kecil, aku tahu dia sudah mengerti tentang semua ini.

Ku lihat ayah mengucup kening arwah. Seumur hidupku ini lah kali pertama aku lihat air mata ayah. Air mata yang tidak segan silu mengalir laju di hadapan ramai. Mak apatah lagi. Berkali-kali dia menyapu air mata sebelum mengucup arwah, diikuti aku, tiga adik-adikku dan aku tidak sangka Zan turut sama mengucup arwah. Ku lihat keikhlasannya. Sukar untuk mencari sahabat sesejati ini.

Sepanjang hidupku ini lah kisah kematian yang benar-benar aku ikuti. Bukan niatku melakar kisah sedih ku ini buat menagih simpati para pembaca. Sedangkan masyarakat di Palestin lebih sengsara hidup kerana kehilangan ramai anggota keluarga bukan seorang tapi kadang-kala semua sekaligus. Aku pula hanya kehilangan seorang kakak sahaja. Tidak dapat aku gambarkan keperitan orang-orang di Palestin itu kerana kehilangan seorang sahaja yang aku sayangi ini pun sudah cukup perit ku tempuhi.

Aku menulis ini bukan sekadar untuk mencurah rasa hati ini bahkan juga sebagai peringatan buat diriku yang sering alpa dan leka, juga buat pembaca semua tentang kematian itu benar dan sangat hampir dengan kita. Jangan sesekali menidakkannya. Cepat atau lambat kita pasti akan menempuhinya.

“Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang MEMILIKI dan MENGUASAI tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan. (Yaasin : 83).”

Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau lah Tuhan yang ku sembah, yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Kasihani lah arwah kakakku, Ya Allah. Cukup lah penderitaannya di dunia ini dan jadikanlah akhirat itu lebih baik buatnya. Amin… Amin Ya Rabbal A’lamin .

~Al-Fatihah buat arwah Norbaya (1986-2007)~

Posted by: iNsyiRah | 3 Mac 2009

epilog silam

Dalam mengenang kisah hidup silam

Ku sedar dari kesilapan lalu

Tuhan

Beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buat ku

Tuhan

Dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan

Ada yang dapat ku gagahi

Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan

Dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati

Tuhan

Rahmat Mu melangit luas

Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali pada Mu

Mengharap maghfirah dari Mu

Mogakan terampunlah dosa-dosa ku

Biarpun ujian melanda ku tetap berkasih pada Mu

Kerna ku yakin kasih Mu kekal tiada sudahnya

Dalam mengenang kisah hidup silam

Ku sedar dari kesilapan lalu

Tuhan

beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buatku…

~Haikal~

Posted by: iNsyiRah | 8 Februari 2009

mydin

Did you know, what are the hypermarkets or supermarkets that were found by Malaysian? Most of us did not know about this and some of us also do not want to know anything about this. May be it is unimportant in some of case, but to me, it is very important to be a part of our knowledge. One of hypermarkets that was found by Malysian is Mydin. Mydin with the trademark that ‘Why pay more, buy at wholesale prices’ now have two hypermarkets in Malaysia. One of it at Subang Jaya and another one are at Kuala Terengganu.

Before we go further about Mydin, let we see why this issue very important to be a part of our knowledge, especially for Muslims. I’m not promote Mydin but I just want to share my opinion. All of Mydin that I was go before this whether at Terengganu, Johor or Kuala Lumpur, all of it NOT selling AL COHOL and NON-HALAL products. I believe that all Mydin branches not provides and sell this products. For this reason, I am very proud to shopping at Mydin and talks about it even though some of us just see Mydin by one of their eyes.

Al cohol and non-halal products very sensitive for Muslims but most of hypermarkets and supermarkets sell this products without thinking about this sensitivity. Why it happen? It is because most of Muslims themselves do not mind or may be not alert about this. For example, hypermarkets and supermarkets that sell this products are Jusco, Giant and Carrefour. If at Terengganu this product is sell at Astaka and The Store. Yes, some of Muslims will say this is not an issue because we are not buying that al cohol and non-halal products. But without we are realize, we allowed that hypermarkets and supermarkets bait us as Muslims. This is also show how not respected them to us as Muslims. Why must we choose them, who not respect us as Muslims although we have another choice?

Sometime I also think why this thing happens even though we are Muslims at Islam country. The most important is this country is belongs to us, Malaysian and especially who are Bumiputera. Why we must allow foreign hypermarkets do whatever they like to us? May be all of this because of politic or may be because we as Muslims want to respect Non-muslims (even though we are sacrifice)? It is innocent to respect non-Muslims but we can do better from this. For example sell non-halal products at hypermarkets or supermarkets or shop that was no products for Muslims here. So that Muslims (whose really Muslims) will not going there or shopping there. As Malaysian that has variety of races, all of us must give and take. Not only one side sacrifice for another side.

From Malaysian perspective, Mydin is Malaysian hypermarket. Nowadays, Malaysian can trust and accepted Mydin because of it succeed to attract Malaysian people from all walks of life. Why must we support foreign wholesale hypermarkets even though we also have wholesale hypermarkets that were also succeed as them? Did you know what are the hypermarkets that was comes from oversea? Examples of foreign hypermarkets are Jusco from Japan, Carrefour from French, Tesco from British and Giant from United State. and most important is Tesco is a short form for Tessa Cohen, Jewish Millionaire’s wife. Its founder is Sir Jack Cohen who is support Zionist. So it means every Ringgit that we bought at Tesco like every missile which we give to Israel to kill Muslims at Palestine. So please, please, please do not shopping at Tesco and be a part from them.

Back to our main topic, nowadays Malaysian should be proud to see Mydin, Malaysian hypermarket which employs 6500 staffs and has 30 branches nationwide with an annual turn over of RM1billion. How Mydin begin? The founder of Mydin Supermarket is Mr. Mydin Mohamed. Before start this business, he is a general merchant hawker in Penang. In 1956, he removes to Kelantan and introduced his first shop in Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. This shop sells toys and general merchandise from Thailand. Mr. Mydin chooses Kelantan because of it location that near to neighboring country, Thailand which has heavy inflow of goods, easy to him to get stocks for his shop. So, this situation can enable his business to expand.

Twenty-three years, Mr. Mydin work very hard before Mydin’s second branch open at Kuala Terengganu. This branch that open on 1979 is conducted by his eldest son, Mr. Murad Ali. Less than 10 years passing by, the third branch is open at Jalan Masjid India, Kuala Lumpur by Dato’ Haji Ameer Ali, his second son. This family’s business began to prosper after Dato’ Haji Ameer Ali joined. Before joining this business, he was in the forefronts of the banking sector for ten years.

In an interview by Malay Mail, Dato’ Ameer Ali said that he wanted to expand the Mydin’s name. He was brought up in Kelantan, where his father, Mr. Mydin Mohamed, first opened his store more than fifty years ago. After high school, he did his degree at the Western Michigan University in the United State where he majored in chemistry. After that, he continues his study in Masters in International Management also at United State. When he returned, he was work at a merchant bank before he make a decision to quit and brought the brand of Mydin to Kuala Lumpur from Kelantan in 1986.

When Mydin had been based in Kuala Lumpur, it began its charge in conquering the country’s wholesale market. Mydin was quickly gaining popularity mainly due to its ability to offer goods at very reasonable prices. People from all walks of life began to make Mydin their supermarket of choice. Before that, their stores in Kota Bharu had become the contributions center for some of the items, especially for Muslims traders.

This business was converted from sole-proprietor to a private limited company under the name of Melati Makmur Sdn Bhd on 23 July 1991, due to rapid growth in size and turnovers. This is cause by to take over the business of Syarikat Mydin Mohamed which was a sole proprietorship, founded by Mr. Mydin Mohamed and Syarikat Mydin Mohamed Brothers, a partnership formed between Mr. Mydin, Mrs. Rowshan Bhai a/p Kassim Bhai, Mr. Murad Ali bin Mydin Mohamed, Dato’ Ameer Ali bin Mydin Mohamed, Mr. Ahimmat bin Mydin Mohamed and Mr. Salim bin Mydin Mohamed.

Melati Makmur Sdn Bhd had changed its name to Mydin Mohamed and Sons Sdn Bhd on 17 January 1992. The company’s name change again on 25 June 2001 became Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd and is presently known as Mydin Mohamed Holdings Bhd. Mydin Mohamed Holdings Bhd was led by Mr. Mydin Mohamed as its Chairman and all four of his sons were named as the Board of Directors.

On 13 December 2007, Dato’ Haji Ameer Ali, Managing Director of retail chain Mydin Mohamed Holdings BhdThe Ernst & Young Entrepreneur of The Year Award. He is credited for turning the humble hypermarket into a company that made a pre-tax profit of RM50 million and employs 6500 workers. Beside that Dato’ Haji Ameer Ali accorded as Outstanding Entrepreneurship Awards from Asia Pacific Entrepreneurship Award that he received also on 2007. The Asia Pacific Entrepreneurship Awards is a regional recognition programmed for outstanding entrepreneurs across Asia. It is also a platform for business leaders and leading entrepreneurs in the region to network, share intelligence and form lifetime acquaintances. APEA2009 is organized by Enterprise Asia, a regional nongovernmental organization, and managed by independent country organizers (ICO).

Another award that Mydin and his Managing Director, Dato Hj Ameer Ali accorded is The Most Suppoting Hypermarket of The Year by FAMA, Entrepreneur of The Year for Malaysia Region by APEA and Tokoh Usahawan Terbilang 2007 by Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

So, how about your opinion now? All of decision up to you but remember all of effects if not back to us now may be some of it will effects us in the future.

Posted by: iNsyiRah | 5 Februari 2009

Bertemu Lagi

Assalamualaikum…

lama sungguh tidak menulis di sini. memang teringin dan rindu sekali untuk berbuat demikian. tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.

bermula mei hingga julai cuti semester bermula. Di rumah, aku tidak mempunyai kemudahan internet. untuk ke cyber cafe aku rasakan percuma sahaja untukku laburkan duit yang ketika itu aku sangat kesempitannya. maklum lah time cuti, modal pun xmasuk. huhu

usai sahaja cuti, aku menjalani latihan mengajar pula di Batu Pahat. Di sekolah sahaja dapat internet, sedangkan di rumah juga tiada kemudahan ini. Di sekolah, selain sibuk dengan persiapan mengajar, aku juga diminta relief kelas. dan yang paling sukar nak bawa laptop ke sekolah pun susah. aku sekadar menumpang motor kawan. dengan motor kapcai itu lah kami berbonceng membawa buku-buku, abm, telekung dan kalau nak bawa laptop perlahan lah motor kami meluncuri jalan kampung sri medan tu.

LM tamat di penghujung Oktober. Sekali lagi aku kembali bercuti semester. lebih 2 bulan juga aku di rumah, mengasuh adik sepupu ku yang cute, baru setahun lebih. time ni aku dah seakan-akan lupe tentang blog kesukaan ku ini. langsung tidak terlintas untuk ke CC ketika itu, apatah lagi mase cuti begini confirm poket pun kosong.huhu

tapi hari ini, sudah lebih sebulan aku kembali ke UTM, meneruskan sisa-sisa pengajian. aku sudah beberapa kali mencari blog aku ni, bukan sahaja kat internet tp juga dalam kepala ku. haha.. maksud ku aku lupe password lah. haha.. baru sebentar tadi aku berjaya menemui blog kesayangan ku ini. yuhuu…

Insyaallah, akan ku usahakan untuk terus menulis di sini.

Sehingga bertemu lagi… wassalam.

Posted by: iNsyiRah | 27 April 2008

ApR!| 18 2008

Sakitnya tengkuk bila silap kedudukan ketika tidur. Itu lah jadinya bila diri nak tidur dalam keadaan tak nak tidur sebenarnya. Jadi tidur pun dalam kedudukan kononnya akan terjaga dengan lebih mudah. Mmm.. memang mudah pun terjaga. Tengkuk dah sakit, kepala naik pening, mana lagi ada nikmat untuk teruskan tidur. Apa pun jangan tidur di antara Asar dengan Maghrib terutama bila dah hampir-hampir nak masuk Maghrib. Orang tua-tua cakap nanti gila. Haha.. betul ke?
Betul ke tak jangan dipersoalkan tapi kebaikan yang terselindung di sebaliknya itu yang perlu di ambil kira. Hah, ini lah kata-kata dari seorang ustaz yang melekat di ingatan ku.

Semalam aku tidur sekitar jam 3 pagi, menyiapkan assignment rekacipta di bilik kak Dayah. Asalnya aku ke sana untuk belajar AutoCAD tapi kak Dayah pula sibuk dengan projek AutoCAD yang perlu di hantar esok. Jadi aku cuba belajar sendiri. Tak banyak, cuma mengingati beberapa bahagian yang jarang dipraktikkan. AutoCAD sebenarnya mudah berbanding lukisan kejuruteraan yang manual. Manual? Ialah AutoCAD ini kan lukisan kejuruteraan berbantu komputer. Mmm. Apa-apa je lah. Tapi untuk tingkatkan kemahiran, latihan yang diperlukan. Hanya selepas pukul 12 tengahmalam aku terus tutup program AutoCAD dan membuka Microsoft word untuk meneruskan assignment rekacipta sampai lah pukul 3 pagi.

9 pagi… melambung-lambung aku membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Alin ke kolej 16 untuk menghantar sebahagian assignment rekacipta kepada partnernya, Anis AutoCAD an seterusnya terus memecut ke N30. Sebenarnya kami akan menduduki final test untuk AutoCAD bermula jam 9 pagi. Kami tiba lewat dan memulakan test sekitar jam 9.15 minit. Wah, soalan lebih senang daripada yang dulu! Soalan pertama membina binaan solid dan soalan kedua kami diminta melukis berus gigi. Huhu…

Sekembali ke kolej, aku sekali lagi bertungkus lumus menyiapkan bahagian assignment rekacipta sebelum menyerahkannya kepada Kak Mili, partner ku untuk subjek ini. Dia akan menghantar assignment kami berdua itu kepada Dr.Rizal sedangkan aku sekali lagi ke N30 bersama Alin. Jam 3 petang, kami meneruskan projek kimpalan. Aku sekadar berbual kosong dengan rakan-rakan yang sudah siap. Sedangkan projek aku, ku serahkan kepada Pyan untuk disiapkannya. Nasib baik Pyan sudi membantu. Bukan tidak mahu membuatnya sendiri tetapi aku perlukan lebih banyak latihan untuk menghasilkan projek yang benar-benar mantap untuk raih fullmark.huhu. Anyway ramai yang minta tolong daripada rakan-rakan yang cepat pick up.

Petang itu juga kami mengadakan sedikit jamuan ringan menggunakan duit kelas yang berlebihan. Aku adalah orang terakhir yang menghantar projek. Fuh.. penatnya hari ini. Sampai sahaja bilik terus ku rebahkan badan ke katil. Dan sekarang ini lah hasilnya badan ku bertambah sakit sebab silap tidur. huhu..

Azan Maghrib berkumandang. Walau apa pun jangan sekadar tahu tapi amalkan jangan tidur petang. (^_^)

Posted by: iNsyiRah | 27 Mac 2008

~jutaan terima kasih~

terima buat semua yg sudi mngunjungi wordpress ni. dan jutaan terima kasih buat yang sudi beri komen dn pandangan. Saya amat berterima kasih skali krn itu lah yng saya inginkn apabila membina web ini.

saya bukanlah seorang yg sangat arif dalam soal agama apatah lagi penulisan soal agama ttp dgn pandngn rakan-rakan semua dptlah menambah pengetahuan saya. sebenrnya pandangan-pandangan kalian bukan shj menambahkan pengetahuan bahkan dpt membantu memandu saya agar tidak terbabas drp mengecapi apa yng sebenarnya saya inginkan di dunia mahupun di akhirat.

mungkin penulisan saya lebih kepada bentuk persoalan. Jadi teruslah menyumbangkan pandangan kalian mengenai persoalan-persoalan tersebut. Insyaallah, pandangan itu lah bakal memotivasikan diri ini dan pengunjung-pengunjung wordpress ini kpd yg lebih baik.

sekali lagi terima kasih atas pandangan yg telah dititipkan.

Wassalam

(^_^)

Posted by: iNsyiRah | 29 Januari 2008

saLaM peRkeNaLan

Assalamualaikum buat kalian semua…

terima kasih kerana sudi mengunjungi weblog ini.

sebenarnya ak sekadar mencuba tp semuanya mudah sj rupanya dn skrg ak sudh mempunyai weblog ini sendiri. hahaha…

jutaan terima kasih buat musafirmenulis kerana kesungguhnnya memperknalkn weblognya mnarik minat ak utk berbuat perkara yang serupa.

actually ketika zaman sekolah dlu ak suka menulis trutamanya sajak tp byk karya ku simpn buat tatapn sendr shj. sekarang dengan adanya blog ini, Insyaallah jika berpeluang akn ku kongsi kn curahan idea ku buat tatapan semua… tp ak xbrani janji krn zamn undergraduate ni bbeza dgn sek coz jadual masa yg tidk mnentu.. klo da idea dn masa mngizinkn tunggu shj buah tgn dariku… huhuhu

anyway ak sudh mempunyai blog dlm friendster tp buat kata musafir blog dlm friendster xbest… klo blog yang ni kite leh tau siapa yg mengunjungi blog kite.. mmm menarik…

ak suka kiranya da yang sudi berkunjung dn lg suka kiranya dpt membaca komen2 anda semua. iye lh kadg2 pandngn org lain berbeza2 dn yg plg pntng pasti ada d iantara komen2 itu terselit motivasi yng mna akn mmbntu ak mengubah cara berkarya dn sebagainya.

sekali lagi terima kasih ku ucapkan buat semua… jgn jemu utk berkunjung lg! huhu…

daa

Older Posts »

Kategori