Posted by: iNsyiRah | 5 Februari 2009

Bertemu Lagi

Assalamualaikum…

lama sungguh tidak menulis di sini. memang teringin dan rindu sekali untuk berbuat demikian. tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.

bermula mei hingga julai cuti semester bermula. Di rumah, aku tidak mempunyai kemudahan internet. untuk ke cyber cafe aku rasakan percuma sahaja untukku laburkan duit yang ketika itu aku sangat kesempitannya. maklum lah time cuti, modal pun xmasuk. huhu

usai sahaja cuti, aku menjalani latihan mengajar pula di Batu Pahat. Di sekolah sahaja dapat internet, sedangkan di rumah juga tiada kemudahan ini. Di sekolah, selain sibuk dengan persiapan mengajar, aku juga diminta relief kelas. dan yang paling sukar nak bawa laptop ke sekolah pun susah. aku sekadar menumpang motor kawan. dengan motor kapcai itu lah kami berbonceng membawa buku-buku, abm, telekung dan kalau nak bawa laptop perlahan lah motor kami meluncuri jalan kampung sri medan tu.

LM tamat di penghujung Oktober. Sekali lagi aku kembali bercuti semester. lebih 2 bulan juga aku di rumah, mengasuh adik sepupu ku yang cute, baru setahun lebih. time ni aku dah seakan-akan lupe tentang blog kesukaan ku ini. langsung tidak terlintas untuk ke CC ketika itu, apatah lagi mase cuti begini confirm poket pun kosong.huhu

tapi hari ini, sudah lebih sebulan aku kembali ke UTM, meneruskan sisa-sisa pengajian. aku sudah beberapa kali mencari blog aku ni, bukan sahaja kat internet tp juga dalam kepala ku. haha.. maksud ku aku lupe password lah. haha.. baru sebentar tadi aku berjaya menemui blog kesayangan ku ini. yuhuu…

Insyaallah, akan ku usahakan untuk terus menulis di sini.

Sehingga bertemu lagi… wassalam.


Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.