Posted by: iNsyiRah | 27 April 2008

ApR!| 18 2008

Sakitnya tengkuk bila silap kedudukan ketika tidur. Itu lah jadinya bila diri nak tidur dalam keadaan tak nak tidur sebenarnya. Jadi tidur pun dalam kedudukan kononnya akan terjaga dengan lebih mudah. Mmm.. memang mudah pun terjaga. Tengkuk dah sakit, kepala naik pening, mana lagi ada nikmat untuk teruskan tidur. Apa pun jangan tidur di antara Asar dengan Maghrib terutama bila dah hampir-hampir nak masuk Maghrib. Orang tua-tua cakap nanti gila. Haha.. betul ke?
Betul ke tak jangan dipersoalkan tapi kebaikan yang terselindung di sebaliknya itu yang perlu di ambil kira. Hah, ini lah kata-kata dari seorang ustaz yang melekat di ingatan ku.

Semalam aku tidur sekitar jam 3 pagi, menyiapkan assignment rekacipta di bilik kak Dayah. Asalnya aku ke sana untuk belajar AutoCAD tapi kak Dayah pula sibuk dengan projek AutoCAD yang perlu di hantar esok. Jadi aku cuba belajar sendiri. Tak banyak, cuma mengingati beberapa bahagian yang jarang dipraktikkan. AutoCAD sebenarnya mudah berbanding lukisan kejuruteraan yang manual. Manual? Ialah AutoCAD ini kan lukisan kejuruteraan berbantu komputer. Mmm. Apa-apa je lah. Tapi untuk tingkatkan kemahiran, latihan yang diperlukan. Hanya selepas pukul 12 tengahmalam aku terus tutup program AutoCAD dan membuka Microsoft word untuk meneruskan assignment rekacipta sampai lah pukul 3 pagi.

9 pagi… melambung-lambung aku membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Alin ke kolej 16 untuk menghantar sebahagian assignment rekacipta kepada partnernya, Anis AutoCAD an seterusnya terus memecut ke N30. Sebenarnya kami akan menduduki final test untuk AutoCAD bermula jam 9 pagi. Kami tiba lewat dan memulakan test sekitar jam 9.15 minit. Wah, soalan lebih senang daripada yang dulu! Soalan pertama membina binaan solid dan soalan kedua kami diminta melukis berus gigi. Huhu…

Sekembali ke kolej, aku sekali lagi bertungkus lumus menyiapkan bahagian assignment rekacipta sebelum menyerahkannya kepada Kak Mili, partner ku untuk subjek ini. Dia akan menghantar assignment kami berdua itu kepada Dr.Rizal sedangkan aku sekali lagi ke N30 bersama Alin. Jam 3 petang, kami meneruskan projek kimpalan. Aku sekadar berbual kosong dengan rakan-rakan yang sudah siap. Sedangkan projek aku, ku serahkan kepada Pyan untuk disiapkannya. Nasib baik Pyan sudi membantu. Bukan tidak mahu membuatnya sendiri tetapi aku perlukan lebih banyak latihan untuk menghasilkan projek yang benar-benar mantap untuk raih fullmark.huhu. Anyway ramai yang minta tolong daripada rakan-rakan yang cepat pick up.

Petang itu juga kami mengadakan sedikit jamuan ringan menggunakan duit kelas yang berlebihan. Aku adalah orang terakhir yang menghantar projek. Fuh.. penatnya hari ini. Sampai sahaja bilik terus ku rebahkan badan ke katil. Dan sekarang ini lah hasilnya badan ku bertambah sakit sebab silap tidur. huhu..

Azan Maghrib berkumandang. Walau apa pun jangan sekadar tahu tapi amalkan jangan tidur petang. (^_^)


Respon

  1. HoHo….kadang-kadang tertidur juga sebelum Maghrib. Tapi jarang tersalah tidur sampai sakit leher. Ha ha..

  2. mm.. lau d trg leher itu disebut tengkuk. kadang-kadang susah aku nak tukar loghat ni. pernah sekali tu, aku beli nasi campur otw ke KL dari johor. aku minta leher ayam dari penjual. 2 3 kali aku mnta dan tunjukkn bahagian aku nak tu, tak faham-faham.. ish.. hingga aku kna tunjuk hmpir benar, bru dia faham.
    pas beli, bru aku teringt yang aku silap cakap leher ayam sebagai tengkuk ayam. hakhak


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.